Selama
Ramadhan, Imam Syafi’i menghatamkan Al-Quran enam puluh kali, dua kali dalam
semalam di dalam solat.
Selama
Ramadhan, Allah memerintahkan seluruh penghuni syurga berhias. Rasulullah Saw.
bersabda:”… Adapun yang keempat, sesungguhnya Allah ‘Azza wa Jalla
memerintahkan syurga-Nya, Ia berfirman: “Bersiap-siaplah, dan hiasilah dirimu
untuk para hamba-Ku, sehingga mereka boleh segera beristirahat dari kelelahan
(hidup di) dunia menuju negeri-Ku dan kemuliaan-Ku…” [HR. Baihaqi]. Itulah
aspek menarik keajaiban bulan Ramadhan yang tak banyak orang tahu.
1.
Ramadhan jalan
menuju ketaqwaan
Allah berfirman: “Wahai orang-orang
yang beriman, diwajibkan atas kamu puasa sebagaimana diwajibkan atas kaum
sebelum kamu, agar kamu bertaqwa”. (Al Baqarah: 183).
Ayat di atas menerangkan bahawa puasa
adalah sebab yang boleh mengantarkan pelakunya menuju ketaqwaan, kerana puasa
mampu meredam syahwat. Ini sesuai dengan salah satu penafsiran yang disebutkan
Imam Al Qurthubi, yang berpadukan kepada hadits riwayat Imam Ahmad yang
menyebutkan bahawa puasa adalah perisai.
2.
Ramadhan bulan
mujahadah
Para ulama’ salaf adalah suri tauladan
bagi umat, mujahadah mereka dalam mengisi bulan Ramadhan amat perlu dicontoh.
Seperti Imam Asyafi’i, dalam bulan Ramadhan beliau menghatamkan Al-Quran dua
kali dalam semalam, dan iti dikerjakan di dalam solat, sehingga dalam bulan
Ramadhan beliau menghatamkan Al-Quran enam puluh kali dalam sebulan. Imam Abu
Hanifah juga menghatamkan Al-Quran dua kali dalam sehari selama Ramadhan
3.
Puasa Ramadhan
menumbuhkan sifat amanah
Wahbah Zuhaili dalam bukunya Al Fiqh Al
Islami berpendapat bahawa puasa mengajarkan rasa amanat dan muraqabah di
hadapan Allah Ta’ala, baik dengan amalan yang nampak mahupun yang tersembunyi.
Maka tidak ada yang mengawasi seseorang yang berpuasa agar menghindari hal-hal
yang dilarang dalam berpuasa kecuali Allah Ta’ala
4.
Puasa Ramadhan
melatih diri berdisiplin
Puasa juga melatih diri
berdisiplin , Wahbah Zuhaili
menjelaskan bahawa seorang yang berpuasa harus makan dan minum dalam waktu yang
terbatas. Bahkan dalam berbuka puasa pun harus disegerakan.
5.
Puasa Ramadhan
menumbuhkan rasa solidaritas sesama muslim
Wahbah Zuhali juga menjelaskan bahwa
puasa Ramadhan menumbuhkan rasa solidariti di antara sesama muslim. Pada bulan
ini semua umat Islam, dari timur hingga barat diwajibkan untuk menjalankan
puasa. Mereka berpuasa dan berbuka dalam waktu yang sama, kerana mereka memiliki
tuhan yang satu.
Seorang
yang merasa lapar dan dahaga akhirnya juga boleh turut merasakan kesengsaraan
saudara-saudaranya yang kekurangan atau tertimpa bencana. Sehingga tumbuh
perasaan kasih sayang terhadap umat Islam yang lain.
6.
Puasa Ramadhan
melatih kesabaran
Bulan Ramadhan adalah bulan puasa di
mana pada siang hari kita diperintahkan meninggalkan makanan yang asalnya
halal, terlebih lagi yang haram. Begitu pula di saat ada seseorang mengganggu
kita. Rasulullah Saw. bersabda: “Bila seseorang menghina atau mencacinya, hendaknya
ia berkata 'Sesungguhnya aku sedang puasa." (HR. Bukhari)
7.
Puasa Ramadhan
menyehatkan
Rasulullah bersabda: ”Berpuasalah, maka
kamu akan sihat” (HR. Ibnu Sunni), ada yang menyatakan bahawa hadits ini dhoif,
akan tetapi ada pula yang menyatakan bahawa darjat hadits ini sampai dengan
tingkat hasan (lihat, Fiqh Al Islami wa Adilatuh, hal 1619).
Tapi makna hadist masih boleh diterima,
kerana puasa memang menyihatkan. Al Harits bin Kaldah, tabib Arab yang pernah
mengabdi kepada Rasulullah Saw. juga pernah menyatakan:”Perut adalah tempat
tinggal penyakit dan sedikit makanan adalah ubatnya”.
8.
Lailatul Qadar
adalah hadiah dari Allah untuk umat ini
Diriwayatkan oleh Imam Malik dalam Al
Muwatha’, dia telah mendengar dari seorang ahlul ilmi tsiqah yang telah
mengatakan: “Sesungguhnya telah diperlihatkan usia-usia umat sebelumnya kepada
Rasulullah Saw., atau apa yang telah Allah kehendaki dari hal itu, dan
sepertinya usia umat beliau tidak mampu menyamai amalan yang telah dicapai oleh
umat-umat sebelumnya, maka Allah memberi beliau Lailatul Qadar yang lebih baik
daripada seribu bulan.” (HR. Malik).
9.
Ramadhan bulan
ampunan
Bulan Ramadhan adalah bulan ampunan,
Rasulullah Saw. bersabda: “Dan siapa yang berpuasa Ramadhan dengan dasar
keimanan dan pengharapan redha Allah, diampunkan untuknya dosa yang telah
lalu.”(HR. Bukhari)
10.
Siapa yang dilihat
Allah, maka ia terbebas dari azab-Nya
Dari Jabir bin Abdullah ra. Rasulullah
Saw. bersabda: ”Pada bulan Ramadhan umatku dianugerahi lima perkara yang tidak
diberikan kepada nabi-nabi sebelumku. Yang pertama, sesungguhnya jika Allah
melihat mereka di awal malam dari bulan Ramadhan, dan barang siapa yang telah
dilihat Allah maka Ia tidak akan mengazabnya selamanya…” (HR. Baihaqi).
Selama Ramadhan, Imam Syafi’i
menghatamkan Al-Quran enam puluh kali, dua kali dalam semalam di dalam sholat.
11.
Bau mulut orang
berpuasa lebih harum dari kasturi di hadapan Allah
Rasulullah Saw. bersabda:”…Yang kedua,
sesungguhnya bau mulut mereka ketika siang hari lebih harum di hadapan Allah
daripada bau kasturi…” (HR. Baihaqi).
12.
Di Bulan Ramadhan
para malaikat meminta ampunan untuk umat ini
Rasulullah Saw. bersabda:”…Adapun yang
ketiga, sesungguhnya para malaikat meminta ampunan untuk mereka siang dan malam…”
(HR. Baihaqi).
13.
Di bulan Ramadhan
syurga berbenah diri
Rasulullah Saw. bersabda:”…Adapun yang
keempat, sesungguhnya Allah ‘Azza wa Jalla memerintahkan syurga-Nya, Ia
berfirman: “Bersiap-siaplah, dan hiasilah dirimu untuk para hamba-Ku, sehingga
mereka boleh segera beristirehat dari kelelahan (hidup di) dunia menuju
negeri-Ku dan kemuliaan-Ku…” (HR. Baihaqi).
14.
Di malam akhir
Ramadhan Allah mengampuni umat ini
Rasulullah Saw. bersabda: ”…Adapun yang
kelima, sesungguhnya jika tiba malam terakhir Ramadhan Allah memberi ampun
kepada mereka semua. Lalu bertanyalah seorang lelaki dari sebuah kaum: ”Apakah
itu lailatul qadar? Ia bersabda:” Bukan, apakah kau tidak mengetahui perihal orang-orang yang bekerja, jika mereka
selesai melakukan pekerjaan maka ganjarannya akan dipenuhi. (HR. Baihaqi)
15.
Pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup,
syaitan dibelenggu
Rasulullah Saw. Bersabda: “Jika Ramadhan tiba dibukalah pintu
syurga dan ditutuplah pintu neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu. (HR.
Bukhari).
Dalam Syarah Shahih Muslim, Qadhi Iyadh menjelaskan bahawa makna
hadits di atas boleh bermakna haqiqi, iaitu pintu syurga dibuka, pintu neraka
ditutup serta syaitan dibelenggu secara haqiqi, sebagai tanda datangnya
Ramadhan sekaligus pemuliaan terhadapnya. Tapi boleh juga bermakna majaz yang
mengisyaratkan besarnya pahala dan ampunan di bulan itu, sehingga syaitan
seperti terbelenggu.
16.
Pahala syuhada bagi yang melakukan kewajiban
dan menghidupkan Ramadhan
Datanglah seorang lelaki kepada Nabi Saw. Dan mengatakan: ”Wahai
Rasulullah, tahukah anda jika saya telah bersaksi bahawa tidak ada tuhan selain
Allah dan sesungguhnya anda adalah utusan Allah, aku juga telah melakukan solat
lima waktu, juga telah menunaikan zakat, serta aku telah berpuasa Ramadhan dan
menghidupkannya, maka termasuk golongan siapakah saya? Rasulullah Saw.
Bersabda: “Termasuk dari orang-orang yang sidiq dan syuhada’”. (HR. Ibnu Hibban
dalam Shahihnya)
17.
Pahala amalan bulan Ramadhan berlipat ganda
Dari Salman ra., bahawasannya Rasulullah Saw. berkhutbah di hari
terakhir bulan Sya’ban: ”Wahai manusia, telah datang kepada kamu bulan agung
yang penuh berkat. Bulan yang terdapat di dalamnya sebuah malam yang lebih baik
dari seribu bulan, bulan yang Allah jadikan puasa di dalamnya sebagai
kewajiban, dan qiamul lail sebagai perkara yang disunnahkan, barang siapa
mendekatkan diri di dalamnya dengan perbuat kebajikan, maka ia seperti
mengerjakan kewajiban selainnya, dan barang siapa mengerjakan kewajiban di
dalamnya, maka ia seperti mengerjakan tujuh puluh kewajiban selainnya…” (HR. Ibnu
Huzaimah dalam Shahihnya)
18.
Setiap hari dalam Ramadhan memiliki keutamaan
Rasulullah Saw. bersabda: “…Dia adalah bulan yang permulaannya
adalah rahmat, pertengahannya adalah ampunan, serta paripurnanya adalah
pembebasan dari neraka…” (HR. Ibnu Huzaimah dalam Shahihnya)
19.
Keutamaan memberi minum orang yang berpuasa
Allah akan memberi minum kelak di akhirat Rasulullah Saw.
bersabda: “Dan barang siapa memberi minuman orang yang berpuasa maka Allah akan
memberinya dari telaga minuman yang tidak menghauskan hingga ia masuk ke dalam
syurga”. (HR. Ibnu Huzaimah dalam Shahihnya)
20.
Sebaik-baik sedekah adalah sedekah di bulan
Ramadhan
Rasulullah bersabda: “Sebaik-baik sedekah aitu sedekah di bulan
Ramadhan.” (HR.Tirmidzi) Selama
Ramadhan, Imam Syafi’i menghatamkan Al-Quran enam puluh kali, dua kali dalam
semalam di dalam solat.
21.
Doa mustajab di
bulan Ramadhan
Diriwatkan dari Abu Umamah Ra, bahawa
Rasulullah Saw. bersabda:”...Dan untuk setiap muslim di setiap hari dan petang
(dalam bulan Ramadhan) doa yang mustajab (HR. Bazar).
Rasulullah juga bersabda:”Tiga yang
tidak tertolak doanya, orang yang berpuasa hingga berbuka, imam adil, dan doa
orang yang dizalimi”. (HR. Tirmidzi)
22.
Pahala umrah
Ramadhan sama dengan haji
Rasulullah Saw. bersabda kepada seorang
wanita Anshar:”Jika datang Ramadhan maka lakukanlah umrah, kerana susungguhnya
umrah dalam bulan itu setaraf dengan haji.” (HR. An Nasa’i).
23.
Pahala i’tikaf di
bulan Ramadhan sama dengan pahala 2 haji dan umrah
Sebuah hadits yang diriwayatkan oleh
Husain Ra. menyatakan, bahawa Rasulullah Saw. telah bersabda:”Barang siapa
menjalankan i’tikaf selama sepuluh hari di bulan Ramadhan maka amalan itu
seperti dua haji dan umrah (HR. Baihaqi)
24.
Dalam Ramadhan
terdapat malam yang istimewa (Lailatul Qadar)
Allah berfirman:”Lailatul Qadar lebih
baik daripada seribu bulan”. (Al Qadr: 3). Tentang ayat ini, Wahbah Zuhaili
menjelaskan bahawa menghidupkan Ramadhan dan melakukan amalan di dalamnya lebih
baik daripada menjalankan amalan dalam seribu bulan tanpa Ramadhan.
25.
Al-Quran
diturunkan pada bulan Ramadhan
Allah Ta’ala berfirman: “Bulan Ramadhan
yang diturunkan di dalamnya Al-Quran, sebagai petunjuk bagi manusia dan
penjelasan atas petunjuk itu, serta pemisah antara haq dan batil”. (Al Baqarah:
185). Ibnu Katsir mengatakan bahawa Allah Ta’ala menyanjung bulan Ramadhan atas
bulan-bulan yang lain, iaitu dengan memilihnya sebagai bulan dimana Al-Quran
diturunkan di dalamnya.
26.
Kitab-kitab suci
diturunkan pada bulan Ramadhan
Rasulullah Saw. bersabda:”Shuhuf Ibrahim
turun pada awal malam pertama bulan Ramadhan, dan Taurat turun pada hari ke
enam bulan Ramadhan dan Injil pada hari ke tiga belas dari Ramadhan…” (HR.
Ahmad).
27.
Rasulullah
mendapat wahyu pertama di bulan Ramadhan
Ketika Rasululah Saw. mendekati umur 40
tahun beliau selalu berfikir dan merenung serta berkeinginan kuat untuk
mengasingkan diri (uzlah), akhirnya dengan mempersiapkan bekal makanan dan
minuman beliau menuju gua Hira yang terdapat pada gunung Rahmah sebagai tempat
beruzlah, yang berjarak dua mil dari kota Mekah. Uzlah ini dilakukan tiga tahun
sebelum masa kerasulan. Tatkala datang Ramadhan pada tahun ketiga dari masa
uzlah, turun kepada beliau Malaikat Jibril mewahyukan surat Al Alaq yang
merupakan surat pertama yang diturunkan kepada Rasulullah Saw.
28.
Perang Badar
terjadi pada bulan Ramadhan
Perang Badar adalah pemisah antara yang
haq dan yang batil, dan kaum muslimin sebagai simbol tauhid dan kemuliaan,
meraih kemenangan atas kaum musyrikin sebagai simbol kekifiran dan kebodohan.
Peperangan terjadi pada hari Jum’at, 27
Ramadhan, tahun kedua setelah hijrah. Allah Ta’ala berfirman: “Dan benar-benar
Allah telah menolong kamu di Badar sedangkan kalian dalam keadaan terhina, maka
takutlah kalian kepada Allah, semoga kalian bersyukur”. (Ali Imran: 123).
Ibnu Abbas mengatakan:”Saat itu hari
Jum’at, 27 Ramadhan, dan saat itu juga terbunuh Fir’aun umat, Abu Jahal, musuh
terbesar umat Islam.
29.
Mekah dikuasai
pada bulan Ramadhan
Fathu Mekah adalah peristiwa besar,
Allah Ta’ala berfirman: “Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan
yang nyata”. (Al Fath:1). Sebagian mufasirin berpendapat bahawa yang dimaksud
kemenangan di sini adalah peristiwa Fathu Mekah, walau ada sebagian ulama’ yang
menafsirkannya sebagai perjanjian Hudaibiya dan penaklukan negeri Rum.
Peristiwa itu terjadi pada hari,
tanggal 20 atau 21 Ramadhan, tahun ke lapan hijrah. Saat itulah semua berhala
yang berada di sekitar Ka’bah dihancurkan.
30.
Islam menyebar di
Yaman pada bulan Ramadhan
Tahun ke sepuluh hijriyah pada bulan
Ramadhan Rasulullah Saw. menunjuk Ali bin Abi Thalib guna menjadi pemimpin
sejumlah pasukan untuk pergi ke penduduk Yaman dengan membawa surat yang berisi
ajakan untuk memeluk Islam.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar