Sedekah adalah
amalan yang mulia. Sedekah dengan ikhlas akan menjanjikan ganjaran pahala buat
kita. Kerana setiap perbuatan baik akan dibalas dengan perkara yang baik juga.
Allah akan melapangkan dada, membuatkan kita gembira, melegakan perasaan dan
mensejahterkan seluruh hidup kita. Bersedekahlah kita walau sedikit dengan
seikhlasnya. Kerana, dalam setiap rezeki dan harta yang kita miliki itu
terdapat juga hak orang lain. Jadi, adalah lebih baik jika ia dikongsi dan
dinikmati bersama. Beriman dengannya dan bersedekah seikhlasnya. Sedekah
seikhlasnya mampu meringankan beban seseorang dan menjauhkan diri kita daripada
panas api neraka.
Perkara-perkara
untuk mendapat kesempurnaan dalam amalan sedekah
Dalam amalan bersedekah, kita perlu
melakukannya dengan ikhlas kerana Allah. Bukan disebabkan nama dan balasan
dikemudian hari. Bagi memastikan sedekah kita tidak sia-sia, Islam mengajar
umatnya menyumbang dan bersedekah dengan menepati arti sedekah yang sebenar.
Maka, beberapa perkara perlu diambil kira demi kesempurnaan dalam amalan
bersedekah.
1.
Barang yang elok
dan baik
Antaranya,
barang yang hendak disedekahkan itu mesti baik, elok dan tidak malu untuk
dipakai. Jika kita sendiri tidak tergamak memakainya, tidak perlulah barang itu
disedekahkan. Sedekahlah dengan barang yang disukai penerima. Allah melarang
kita bersedekah dengan barang yang tidak elok kerana sedekah adalah ibadat dan
sebagai tanda mensyukuri nikmat Allah. Buktinya telah Allah nyatakan dalam
Surah Al- Baqarah ayat 267.
2.
Hasil yang halal
Semua
perkara atau uang yang kita sedekahkan kepada golongan yang memerlukan mesti
terdiri daripada hasil yang halal. Kerana, pemberian yang halal akan
menggugurkan dosa dan mendatangkan pahala. Selain itu juga akan dijauhkan dari
bala. Seseorang yang bersedekah dengan harta yang halal juga akan dijauhkan
daripada api neraka dan akan dimasukkan ke dalam syurga. Sekiranya seseorang
bersedekah dengan harta yang haram, dia tidak akan memperolehi sebarang
kebaikan kecuali azab kerana memberi sesuatu yang haram kepada orang lain.
Terdapat sebuah hadith mengatakan bahawa di dalam neraka Jahanam terdapat
sebuah rumah yang bernama ‘Baitul Huzni’ yang disediakan Allah bagi orang yang
bersedekah daripada harta yang haram.
3.
Memberi sedekah
barang yang disayangi
Kemudian,
adalah sunat bagi kita untuk memberi sedekah barang yang menjadi kesayangan dan
kesukaan kita tidak kira banyak atau sedikit. Allah juga telah membuktikan
perkara ini dalam Surah Al-Imran ayat 92 bermaksud, “Kamu sekali-kali tidak
akan mecapai hakikat kebajikan dan kebaktian yang sempurna sebelum kamu
dermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi. Dan apa juga yang kamu
dermakan maka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.”
4.
Sedekah dengan niat
yang ikhlas
Sedekah
dengan seikhlas hati, bukan mengungkit, merungut, membidas dan menyakiti hati
orang yang menerima sedekah kerana perbuatan ini haram dan akan merosakkan niat
bersedekah. Dalam Surah Al-Baqarah ayat 264 bermaksud, Allah telah membandingkan
orang yang mengungkit dalam amalan sedekahnya seperti “Batu licin yang terdapat
tanah diatasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat. Setelah hujan reda,
batu itu sudah licin dan tiada lagi tanah di atasnya. Demikian juga dengan
orang yang kafir dan riak. Mereka gagal mendapat satu ganjaran pahala daripada
apa yang telah diusahakan. Dan ingatlah bahawa Allah tidak akan memberi
petunjuk kepada kaum kafir.”
5.
Sedekah yang tidak
dihebahkan
Sedekah
yang tidak dihebahkan adalah lebih afdal. Ibarat tangan kanan yang memberi,
tangan kiri tidak mengetahuinya. Hal seperti ini akan membuatkan keikhlasan itu
sangat dekat dengan kita. Maka, kita akan jauh dari perasaan riak yang boleh
merosakkan amalan sedekah. Tidak berguna jika niat bersedekah itu untuk mendapat
pujian daripada pihak lain. Allah juga telah memaklumkan perkara ini dalam
Surah Al-Baqarah ayat 271 yang bermaksud, “Jika menampakkan sedekah kamu ini
sangat baik, tetapi jika kamu merahsiakannya dan memberikan kepada orang fakir,
maka itu lebih baik bagi kamu dan akan melepaskan kamu dari kejahatan sendiri,
Allah menyedari setiap apa yang kamu kerjakan.”
6.
Sedekah untuk
menyucikan diri dan harta
Surah
Al-Taubah ayat 103 membuktikan bahawa, “Ambil sedekah daripada harta mereka
untuk membersihkan dan menyucikan mereka, dan doakanlah mereka. Sesungguhnya
doa kau itu menjadi ketenangan hati mereka. Allah Maha Mendengar lagi Maha
Mengetahui. Ayat ini mewakili dua perkara utama iaitu barang yang harus
disedekahkan dan sebab untuk bersedekah. Sedekah bertujuan membersihkan jiwa
dan harta yang dimiliki.”
Sedekah
bukan sekadar memberi, amalan ini mempunyai banyak manfaat yang perlu kita
ketahui. Manfaat sedekah bukan hanya dirasakan oleh penerima atau pihak yang
kita beri sedekah, namun manfaat sedekah itu juga mampu kita rasakannya. Amalan
sedekah sangat digalakkan dalam Islam, kerana kita mampu memberikan kesenangan
dan kebahagiaan kepada pihak yang memerlukan. Lebih-lebih lagi kepada golongan
yang betul-betul memerlukan bantuan. Banyak manfaat yang boleh kita perolehi
dari amalan bersedekah ini.Manfaat sedekah
Antaranya
ialah, mengasingkan sebahagian kecil daripada harta kita untuk diberikan kepada
golongan yang memerlukan. Sekiranya beban itu semakin ringan, kita turut
merasai kebahagiannya. Manfaat bukan kerana wang dan harta yang dikeluarkan
semasa bersedekah, Adakah anda memikirkan bahawa wang yang dikeluarkan itu
mendatangkan manfaat? Sudah pasti bukan kerana wang yang dikeluarkan. Kita
harus memikirkannya untuk jangka masa yang panjang.
7.
Sedekah mampu
memadam dosa
Pada
masa hadapan kita bakal diberikan kebaikan oleh Allah dan kita akan mendapat
ganjaran pahala daripada Allah SWT. Selain itu, kita juga akan mengurangi dosa
lama yang telah kita lakukan. Menurut Hadis Riwayat At-Tirmizi, “Sedekah itu
menghapuskan kesalahan seperti air memadamkan api.” Senyum juga adalah sedekah.
Hanya melemparkan senyuman sudah mendatangkan pahala buat kita. Tidak perlu
mengeluarkan wang dan juga peluh. Jadi, mari kita bersedekah dan memadam dosa
silam!
8.
Sedekah mampu
menghindar dari kematian Suul Khatimah
Di
samping itu, amalan bersedekah juga mampu menghindarkan kita dari kematian yang
Suul Khatimah. Suul Khatimah bermaksud kematian dalam keadaan yang tidak
beriman. Sebagai contoh, seorang yang sangat leka dengan urusan dunia sehingga
tidak bersedia untuk mati. Selain itu, orang itu juga tidak bersedekah kerana
terlalu cintakan hartanya lebih dari cintanya kepada Allah SWT. Terdapat banyak
hadith yang berkata, “Sesungguhnya sedekah itu akan memadamkan amarah Allah dan
menghindarkan diri dari kematian yang buruk.”
9.
Sedekah mampu
menghindarkan bala
Menurut
beberapa hadith yang lain, memulakan hari kita dengan bersedekah akan menghindarkan
kejadian buruk dan tidak diingini. Jika kita tidak mempunyai harta, doa untuk
kebahagiaan peminta sedekah juga dikira. Boleh kita katakan bahawa sedekah itu
mampu menolak bencana dan bala. Kerana kita telah bersedekah pada hari itu,
Allah akan melindungi kita sepanjang hari kita besedekah. Adakah kita mahu
diberkati sepanjang hari? Sudah pasti! Sedekah adalah pembuka amalan yang suci
sepanjang hari.
10.
Sedekah mampu
menyucikan jiwa
Sedekah
juga mampu menyucikan jiwa dan harta kita. Hati orang yang bersedekah akan
tenang dan aman. Selain itu jiwanya akan damai, bersih dan terhindar dari
perasaan yang negatif. Semua hartanya juga akan diberkati Allah SWT. Sekiranya
datang seorang peminta sedekah kepada kita, jangan dimarahi dan ditengking
golongan itu. Jangan berkelakuan jahat dengannya walaupun sedikit. Kerana dosa
menengking dan menyakiti hatinya adalah lebih besar daripada pahala jika
bersedekah dengan separuh harta yang dimiliki. Jangan pula kita menolak orang
yang mula-mula mendatangi kita, kerana kadang-kadang mereka itu bukan manusia.
Mereka mungkin jin yang diamanahkan Allah untuk datang dan menguji kita dengan
harta yang kita miliki. Jika kita menengking, kelak kita akan ditengking oleh
Malaikat semasa hari Qiamat.
11.
Sedekah mampu
memanjangkan umur
Percayakah
anda bahawa sedekah akan memanjangkan umur kita? Kerana Allah telah melanjutkan
usia kerana amalan sedekah yang sering kita lakukan itu. Allah sendiri telah
mengatakan kepada Rasulullah bahawa sedekah memang akan memanjangkan umur dan
juga mampu menunda kematian seseorang.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar